Maklumat ialah suatu bentuk penerangan yang dibuat berdasarkan sumber yang diperolehi dalam bentuk data hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data yang kemudiannya dapat memberi manfaat dan menambah tahap pengetahuan kepada penerima maklumat tersebut. Menurut Brown (seperti yang dipetik dalam Paisley dan Chen, 1982), maklumat boleh didefinisikan sebagai sistem yang menterjemahkan mesej supaya dapat disimpan, mendapatkan kembali dan kemudiannya dimanipulasikan dan akhirnya menjadi sumber akhir yang sedia untuk digunakan (Definisi ICT, t.t.).
Selain itu, maklumat menurut McLead JR (1983), telah mentaksirkan ianya sebagai data yang telah diproses atau data yang memberi makna yang difahami kepada seseorang individu yang kemudiannya akan dibuat kesimpulan mengenai sesuatu isu atau permasalahan dan membuat tindakan susulan bagi penambahbaikan.
FUNGSI DAN KEPENTINGAN MAKLUMAT
Fungsi maklumat ialah untuk mengubah organisasi kognitif seseorang individu dan seterusnya memberi kesan kepada cara seseorang individu itu berfikir dan membantu dalam proses pembuatan keputusan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Maklumat amat diperlukan dalam mengatur sesebuah organisasi bagi melakukan pembaharuan atau lebih tepat lagi sebagai agen penting bagi membantu proses pembuatan keputusan oleh pihak pengurusan. Menurut H. Schiller (seperti yang dipetik dalam Ding Choo Ming, 1998), maklumat memainkan peranan yang semakin penting dalam proses kehidupan dan pengurusan. Dari segi sosial, maklumat yang sudah diproses menjadi data yang berguna dan terkini akan menjadikan kita lebih pandai, kreatif, produktif, dan berinovatif seperti yang dituntut oleh dunia kini dengan memanfaatkan sumber yang ada dengan sebaik mungkin dan memberi pendidikan yang berguna kepada masyarakat.
SEJARAH PERKEMBANGAN MAKLUMAT
Maklumat dahulunya disebarkan melalui simbol-simbol dan lukisan yang dilakarkan di dinding-dinding gua untuk berkomunikasi sesama mereka sebelum adanya penemuan kertas. Setelah berlakunya evolusi perkembangan, penggunaan kertas mula timbul dan seterusnya digarap secara bercetak dalam bentuk buku bagi memudahkan masyarakat menimba ilmu. Namun kini, rentetan era kemajuan teknologi maklumat beserta kemajuan inovasi teknologi komunikasi, masyarakat hari ini berada dalam zaman peralihan dalam cara penerimaan dan penyebaran maklumat.
Perkembangan teknologi komputer telah menyebabkan permulaan era maklumat di seluruh dunia. Ini berubah lagi ketika maklumat boleh dimanipulasi secara sepenuhnya, berikutan munculnya komputer. Maklumat telah diterjemahkan secara terus menerus, dari analog menjadi digital. Oleh itu mengakses maklumat adalah lebih menyeronokkan dan sememangnya lebih mudah dengan penggunaan komputer berikutan kepelbagaian bentuk dan jenis maklumat yang dapat diperolehi. Perkembangan tersebut sememangnya telah mengurangkan kebergantungan masyarakat terhadap sumber-sumber maklumat lain tertamanya yang bercetak seperti buku, suratkhabar dan sebagainya.
Budaya membaca buku kian terpinggir kerana masyarakat mempunyai cara lain yang lebih mudah untuk mendapatkan segala maklumat yang dikehendaki dan ingin diketahui dengan hanya diselongkar dalam jaringan internet sahaja. Masyarakat hari ini lebih berminat untuk berkomunikasi dengan menggunakan komputer melalui e-mel, CD-rom, dan internet berbanding dengan mencari buku-buku sebagaimana lazimnya. Dengan kata lain, internet ialah satu cara baru masyarakat berkomunikasi dengan berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk mendapatkan segala informasi dan maklumat terkini yang terlalu banyak di dalamnya.
PERKEMBANGAN SEMASA MAKLUMAT
Rentetan dari pelbagai kemajuan yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa terutamanya dalam dunia ICT semakin banyak penemuan-penemuan yang menjadikan maklumat itu sesuatu perkara yang penting yang mesti ada pada setiap masa dan boleh diakses tanpa mengira masa dan tempat. Menurut Floridi (2010), di dalam bukunya Information: A Very Short Introduction telah menyuarakan pendapatnya bahawa kini kita hampir tidak mustahil untuk mendapatkan semua maklumat dan mampu diperoleh dengan mudah di laman-laman web memandangkan hampir semua data adalah realistik untuk dijadikan sumber rujukan dan menjadi maklumat. Sebagai contoh perkembangan teknologi komputer dalam perubatan telah membolehkan berlakunya penemuan deoxyribonucleic acid atau ringkasnya DNA. DNA pada beliau adalah data bagi setiap manusia dari pelbagai segi terutamanya genetik dan ia telah menjadi sesuatu yang amat penting bagi menyalurkan maklumat untuk tujuan perubatan, forensik dan penyelidikan. Natijah dari perkara-perkara tersebut dan seumpamanya adalah dari maklumat yang disampaikan yang akhirnya mewujudkan satu evolusi dalam bidang perubatan.

JANGKAAN PERKEMBANGAN MASA DEPAN
KESAN MAKLUMAT KEPADA PERSEKITARAN DAN MASYARAKAT
RUMUSAN
Maklumat kini merupakan satu komoditi yang amat penting bagi setiap individu yang mahu menambahkan ilmu pengetahuan dan keyakinan diri bagi bergaul dengan masyarakat untuk berjaya dalam bidang yang diceburi ditambah pula dengan persaingan sengit dunia sekarang. Dengan adanya teknologi terkini, segala maklumat dapat diperoleh dengan mudah hanya di hujung jari tanpa memerlukan masa yang lama.
Pendek kata, jika masyarakat menggunakan teknologi yang disediakan secara bijaksana iaitu menggunakan internet sebagai penyalur maklumat utama dengan sebaik mungkin, ianya sememangnya amat berguna dan bermanfaat untuk memperkaya dan menjelajah perkembangan minda ke arah masyarakat yang lebih maju, berdaya saing dan progresif.
WUJUDNYA KEPELBAGAIAN PROFESION BERKAITAN MAKLUMAT
Nilai strategik dan operasi penyediaan maklumat yang baik diakui oleh pelbagai pengusaha. Pengendalian maklumat dan pengurusan maklumat dalam pelbagai penyamaran mereka semua telah semakin dilihat sebagai penting untuk kelangsungan hidup dalam kepelbagaian yang sedang berkembang di pasaran: kesihatan, multimedia kewangan; maklumat undang-undang, pembangunan perisian; penerbitan;; penyelidikan; broker maklumat dan perunding maklumat. Selain tradisi bidang akademik, sektor awam, kerajaan dan sektor perpustakaan secara khusus telah meluaskan dalam hal definisi mereka tentang perkhidmatan awam, dengan pakar maklumat memuat peranan yang disempurnakan konsultasi, sokongan pelajar dan kejuruteraan sistem maklumat. Inilah definisi yang lebih luas dari profesi maklumat yang kajian maklumat enam belas jabatan dan sekolah-sekolah di Inggeris berusaha untuk melayani sebagai pendidik profesional maklumat masa depan.
No comments:
Post a Comment