GET INTO

Julai 2007, merupakan tika yang merakamkan detik-detik di mana saya sedang berjuang habis-habisan menempatkan diri di dalam sebuah syarikat swasta terkemuka negara selain tidak leka dari terus mencari peluang-peluang lain terutamanya dalam sektor awam. Sebelum itu saya dengan rasminya menjadi graduan menganggur sejurus menamatkan pengajian pada Ogos 2006 selama 2 bulan setengah. Tetapi berkat doa kedua orang tua saya selain usaha saya yang tak jemu-jemu mencari kerja akhirnya saya berjaya ditempatkan di sebuah syarikat swasta terkemuka beribu pejabat di Jalan Klang Lama Kuala Lumpur pada November 2006. Nama pun gah bukan main, sampai saya sendiri pun masa tu takut nak masuk admin office dia. Saya ni orang cakap selalu cakap humble dan kadang-kadang tak terlalu yakin pada diri sendiri. Tapi Alhamdulillah saya dapat mengatasi rasa tu dan dapat menempatkan diri dengan baik serta memahat nama baik pada boss.

So masa tu saya rasa yang saya dah ada karier dan sudah tiba masanya saya tumpukan sepenuhnya jiwa dan raga saya pada bidang kerja saya. Majukan diri untuk mengejar masa depan yang lebih baik. Kalau bercakap tentang masa depan, salah satunya mestilah pasal mencari teman hidup. Mungkin masa tu saya takla kesitu sangat sebab masa tu umur saya baru 26 dan saya takla terfikir tentang teman hidup. Yang saya fikir masa tu cari hidup yang lebih stabil so that kita boleh rancang apa yang kita mahukan in the coming future, no matter what it takes. Asalkan cara tu halal dan diredhai. Masa tu saya langsung tak terfikir tentang cinta, commitment dan sebagainya. Sebab masa tu memang saya tak la loaded, then asyik struggle nak bayar kereta, hutang itu dan ini.Gaji pun takla besar, biasalah mula-mula kerja. So takla serius dengan sesiapa pun masa tu. But lepas saya decide masuk teaching line and saya diterima masuk serta meneruskan pengajian dalam bidang pengajian Bahasa Inggeris selama setahun, akhirnya saya juga telah menjadi salah seorang pegawai kerajaan selain berpendapatan tetap serta terjamin. Alhamdulillah. So mungkin inilah peluang saya nak cari pasangan hidup. Hmm, umur dah 27 tahun masa In the next following year bila saya dah masuk umur saya 28, asal orang tau aje umur saya terus dia orang semua Tanya “Isteri katne?” “Bini ko mana?” terkejut, rupanya ramai dah lelaki sebaya saya dah berkahwin. And masa tu juga saya bercadang nak seorang pasangan. Lagipun saya ada satu cerita yang memang nak dikongsi.

Sebab bagi saya menyayangi seseorang wanita yang bakal dijadikan isteri tu bukan sahaja memerlukan pengorbanan, kesetiaan, kasih sayang dan hormat terhadapnya tetapi dengan sepenuh hati, demi dunia dan akhirat dan yakin bahawa dia adalah anugerah dan amanah yang diberikan Allah kepada kita. Kerana sesungguhnya, jika dia adalah amanah, maka kita mesti bersedia untuk bertanggungjawab atas apa jua dasar dan permintaannya selagi tak bertentang dengan syarak dan kehendakNya. Namun percayalah, manusia tetap manusia; (malah saya sendiri) takkan lekang dari membuat kesalahan.,malah ada juga yang terbabas; sebab mengelak tak kena atau tak dapat nak elak kot,. (Insha Allah mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita). Sebab dari segi mental mungkin saya dah prepare but bila dari segi kewangan ramai juga lelaki macam saya ni terpaksa mengalah.
Tapi…,Cinta ni terlalu berbeza pada setiap orang,. Jadi bila dia berbeza dia akan cipta satu senario yang berbagai terhadap sesuatu perkara terutama kepada pasangan. Senario yang macam saya hadapi ni..Yelah,.Dalam kata lain, banyak yang telah dilalui; macam., tak kesampaian, forbidden love, cinta monyet, curang, dipergunakan dan sebagainya namun walau kecewa tetap perlu teruskan hidup selain pada masa terjadinya perkara macam tu, saya sentiasa meletakkan apa jua perkara sebagai ketentuan Allah dan sentiasa percaya bahawa akan ada yang lebih baik yang akan tiba untuk kita; salah satu sebabnya, saya sentiasa percaya bahawa itu adalah janji Allah, dan sebenar-benar janji adalah dari janji Allah untuk kita. Forbidden love? Sukar juga tu sebab diikat oleh kedua orang tua atau batas-batas tertentu seperti agama, adat dan sebagainya yang menyebabkan keduanya terpaksa berpisah. Apapun, Allah punya janji adalah benar.

Once I heard one of my good friends said, “Kalau orang tu dah curang sampai bila-bila pun dia tak akan bahagia sebab bimbang pasangan yang dia dapat pun silap-silap adalah hasil mencurangi pasangan yang terdahulu dan mungkin akan mencurangi dan khianati dia jugak kelak (dah terlalu banyak berlaku kepada segelintir pasangan), and kalau dia main kayu tiga, atau pasang dua gerenti dia tak akan dapat kedua-dua sekali.” Saya percaya perkara ni sebab dah banyak kali saya dengar. Teruk benar dunia sekarang. Na’uzubillah.
Kembali pada cerita tadi..Yelah, masa tu walaupun kecewa,. Terpaksa kuatkan semangat dan masa tu saya memang tengok apa sebenarnya yang terjadi and mula lebih faham tentang diri sendiri. Ketawa jugak sorang-sorang, sebab banyak kali tengok cermin. Apa la kurang aku ni.? Tapi masa tu (like last year) terfikir sorang-sorang selain bertanya kepada diri sendiri, apa sebenarnya terjadi, balasan aku buat orang ke?..Ends up dengan, “Entahla..mungkin aku akan terus mencuba lagi..whether I’ll keep myself dreaming or not.,” sebab sampaikan pada masa tu saya fikir sebagai seorang lelaki saya tak cukup dari segi apa yang wanita mahukan, selain saya yang turut mempunyai rasa rendah diri yang teramat. Apa yang saya boleh buat, cuma memendamkan semua perasaan tu. Apa lagi kalau diperkecilkan sedemikian rupa, orang sedap-sedap mengatakan yang saya ni rupa macam ini, itu.. but saya tak reply cuma memendamkan aje sambil dalam hati berkata “Biarla, apa nak buat”. Saya memang sering diejek ketika zaman persekolahan, di mana saya kena buli, diejek rupa saya sampaikan keluar satu term yang langsung tak boleh saya terima,.”Mana punya orang mak kau kawen boleh dapat rupa ko yang macam ni?” Masa saya di kampus lagi lah kerap benda-benda macam ni terjadi, even dalam keluarga pun kadang-kadang, saya macam ada rasa disisihkan sebabkan perkara macam ni. But for me itu semua cabaran, although kadang-kadang hati jahat saya cakap “Nanti anak diorang dapat rupa lagi teruk, siap la diorg” hehe berdosa pula saya rasa kalau cakap macam tu. Teruk diperlakukan macam tu, saya berdoa kepada Allah, membaca surah Yusuf, selalu berwudhuk selain saya nekad dan berjanji dengan Allah dengan sebenar-benar ikhlas saya. Saya lagi mahu lihat dan tengok balik apa yang telah saya buat terdahulu.Mungkin banyak orang saya kena minta maaf dan ampun, kerana itu saya sering berdoa, “KeranaMu Ya Allah, sesungguhnya aku sangat rendah disisimu namun aku tak sanggup ujianMu seberat ini, Ya Allah kau permudahkanlah semuanya untukku keranaMu, ampunkanlah dosa-dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku dan permudahkkanlah petunjuk buatku untuk keredhaanMu Ya Allah.”




Persepsi saya terhadap orang yang saya cintai mungkin sama atau mungkin jauh berbeza dengan sesiapa yang saya kenali. Janji saya pada Dia, bahawa sekiranya saya dipertemukan dengan jodoh saya, saya akan menerimanya seadanya; bertudung atau tak, lawa atau tak (asal sedap mata memandang), tak kisah background family dan sebagainya. Asalkan petunjuk yang diberiNya muncul Insha Allah saya akan melaksanakan dengan sebenar-benar tanggungjawab sebagai seorang lelaki muslim. Cukuplah apa yang pernah terjadi pada saya tentang perkara yang lepas. In a continuous 18 months since last year saya telah buat istikharah mohon petunjuk dariNya.


Masa tu saya janji pada diri sendiri, saya akan berusaha lakukan yang terbaik untuk gadis yang akan saya temui, biarlah hari-hari saya teringat namaNya selain doa saya untuk gadis itu dan hanya tiga perkara yang saya nukilkan sebagai janji saya dengan Allah; Mahukan gadis tersebut ke jalan keredhaanNya, cintakan hati budinya dan semua keindahannya kerana Allah dan tiadanya selepas dia bila termetrainya ikatan persefahaman dan cinta ke arah berumahtangga. Semuanya lillahi Ta’ala. Jadi, pengorbanan adalah perkara biasa tak kira wang, kemewahan, masa, mahupun nyawa, biar hingga hidup kerana dia, dan apalah sangat dunia ini jika mahu dibandingkan dengan cinta dari dia. Doa yang berterusan dari saya juga, agar dikekalkan jodoh hingga ke syurga, dan bagi saya isteri adalah seorang insan yang dijadikan untuk kita lelaki dan akan berkorban banyak untuk rumahtangga kelak, justeru.. Apalagi jika kita dikurniakan isteri yang ikhlas menerima kita mahukan kita selain devoted her life untuk kehidupan bersama (Doa saya sebegini setiap pagi),. adalah hina dan rugi seorang lelaki itu jika mempersiakan isterinya dengan sebegitu rupa.
Semua niat saya ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Allah. Kerana dengan doronganNya seseorang lelaki itu jatuh hati kepada jodohnya, maksudnya biar macam mana pun jodohnya itu, semuanya adalah keindahan yang berkekalan bagi lelaki itu.
Macam saya percaya, bahawa janji Allah itu adalah sebenar-benar janji dan tidak ada yang dimungkiriNya. Apa yang dijanji olehNya kita akan cuba dapatkan? Apa yang dijanjikanNya? Bacalah alQuran tu.
Akan bersambung lagi Insha Allah.