Tuesday, August 31, 2010

Pengurusan dan Pentadbiran

Pengurusan dan pentadbiran. Bezanya.
Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan atau fungsi kerajaan. Dalam definisi yang lain menyatakan pentadbiran adalah satu proses yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga manusia mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pengurusan pula adalah melaksanakan sesuatu melalui manusia iaitu satu proses sosial yang dibentuk, disusun untuk mengujudkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi bagi tujuan mencapai sesuatu objektif
atau matlamat yang ditetapkan

Definisi Pengurusan
Pada amnya pengurusan dapat didefinisikan seperti berikut:

1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.
Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan "matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah:
1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.

2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif).

Pentadbiran
Definisi Dari Segi Takrifan
Menurut Haji Wan Azmi Ramli di dalam bukunya ‘Pengurusan Terkini’ – Pentadbiran adalah satu cara untuk menjayakan dasar-dasar kerajaan melalui penyelarasan serta penyeliaan segala pekerjaan yang dibuat disamping tindakan yang diambil.
Haji Wan Azmi Ramli turut menyatakan bahawa ‘pentadbiran ialah sesuatu yang ditadbirkan dan ini merangkumi bidang batasan yang amat luas seperti menelah (meramal), merancang, mengelola, mengawal, menasihat, menyelaras, menyelia, melatih dan kadangkala ,meniru dan menurut. Segala ini diuruskan, secara sedar atau tidak sedar mengikut dasar tertentu agar matlamatnya tercapai dan kerja berjalan lancar yang boleh dimanfaat oleh semua.’
Para sarjana Barat mempunyai takrifan yang tersendiri mengenai definisi pentadbiran dari sudut takrifan. Sebagai contohnya Mayo (1954) – mendefinisikan pentadbiran adalah satu fungsi untuk menetapkan, menentukan, dan memperjelaskan sesuatu, menggubal dasar dan peraturan serta memberikan kepercayaan kepada kakitangan untuk menyelesaikan penugasan terutama penugasan yang berprestij tinggi..Selain daripada penekanan turut diberikan agar pentadbir diberikan autonomi untuk membuat sebarang pilihan, penyediaan dan pengelolaan ke atas segala kemudahan yang bersesuaian.
Bagi Newman (1963) pula, beliau mentakrifkan pentadbiran sebagai satu garis panduan yang berpandukan gaya kepimpinan yang mampu menyelia dan mengawal segala usaha yang dijalankan bersama oleh individu di dalam sesebuah organisasi yang mempunyai matlamat yang sama. Menurut pendapatnya lagi kerja-kerja pentadbiran mempunyai perkara-perkara asas seperti perancangan, pengelolaan, mengatur, mengumpul, membuat penyeliaan dan membuat pengawalan.

Definisi Dari Segi Konsep
Woodrow Wilson melalui bukunya ‘ The Study Of Administration’ menyatakan konsep dan pemahaman tentang pentadbiran dapat dipelajari dengan lebih mudah sekiranya seseorang itu mempelajari dan memahami sepenuhnya konsep sains politik. Menurutnya terdapat dua persoalan yang utama apabila memperkatakan tentang konsep pentadbiran iaitu :-
a. Siapakah yang paling sesuai menggubal undang-undang dan apakah rasional disebalik penggubalan undang-undang tersebut?
a. Bagaimanakah kaedah yang terbaik untuk melaksanakan undang-undang yang digubal dengan jelas, nyata dan tanpa meninggalkan apa-apa fakta penting yang berkaitan?
Charles A. Beard berpandangan bahawa pentadbiran adalah satu dari cabang ilmu sains. Melalui kajian beliau yang dijalankan melalui ‘The Bureau Of Municipal Research’, beliau dikatakan dapat mengggariskan perbezaan yang nyata konsep pentadbiran dalam sektor kerajaan dan sektor swasta. Beliau juga berpendapat bahawa terdapat elemen hubungan manusia dalam pentadbiran.

Menurut Boles dan Davenport, tiada garis pemisah yang nyata diantara pengurusan dan pentadbiran, Boles dan Davenport (1976) menyatakan bahawa pentadbir dan pengurus adalah satu fungsi yang sama meliputi aktiviti-aktiviti merancang, menghimpun dan menganalisis, mengawal dan menyebar maklumat-maklumat dalam usaha mencapai objektif yang telah ditetapkan. Wilfird Brown juga bersetuju bahawa pentadbir dan mengurus adalah satu peranan di mana kerja-kerja diagihkan kepada pembantu-pembantu dan pengurus dan pentadbir mengambil kira hasilnya.

Namun terdapat juga pendapat bahawa pengurusan dan pentadbiran dikira sebagai sebuah entity yang berbeza. Ada banyak faktor yang menurut pentadbiran dapat dibezakan daripada pihak pengurusan. Ini adalah sebagai berikut:



Fungsi di dalam kerja

Dalam pentadbiran ini adalah prihatin dengan penentuan tujuan dan dasar utama dari sebuah organisasi. Bagi pengurusan pula ia menempatkan ke dalam tindakan dasar dan rancangan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jenis fungsi

Dalam pentadbiran ia adalah fungsi menentukan dan bag pengurusan lebih memperlihatkan sebagai fungsi eksekutif.

Skop

Skop pentadbiran melaluinya keputusan utama adalah dari sebuah syarikat secara keseluruhan. Dalam pengurusan pula keputusan dalam kerangka yang ditetapkan oleh pentadbiran.

Bidang kuasa

Bidang kuasa sesebuah pentadbiran merupakan kegiatan pihak atasan seperti lembaga pengarah atau menteri-menteri. Dalam bidang pengurusan: Ini adalah kegiatan pengurusan di peringkat pertengahan sesebuah organisasi contohnya keputusan yang dibuat oleh seorang Pengurus Besar atau Pengurus Cawangan..

Kedudukan hakiki

Golongan yang berada dalam pentadbiran selalunya adalah terdiri daripada pemilik modal yang melabur dalam dan menerima keuntungan dari syarikat atau organisasi. Berbeza dengan pengurusan dimana ia adalah sekumpulan personel pengurusan yang menggunakan pengetahuan khusus mereka untuk memenuhi matlamat organisasi.

Pelaksana tugas

Dalam bidang pentadbiran biasanya dikaitkan dengan kerajaan, tentera, pendidikan, dan organisasi keagamaan. Berbeza dengan pengurusan dimana hal ini digunakan di dalam syarikat-syarikat perniagaan.

Membuat keputusan

Perkara yang mempengaruhi bidang pentadbiran untuk mencapai keputusan pendapat orang ramai atau rakyat, dasar kerajaan, sosial, dan faktor agama.
Namun dalam pengurusan capaian keputusan dipengaruhi oleh nilai-nilai, pendapat, dan kepercayaan dari pengurus.



Fungsi utama

Fungsi utama pentadbiran ialaha perancangan dan pengorganisasian fungsi-fungsi yang terlibat di dalamnya. Bagi pengurusan pula fungsinya adalah kepada memotivasi dan mengendalikan fungsi-fungsi yang terlibat di dalamnya.

Secara kesimpulan kedua-dua entiti ini tidak dapat dipisahkan memandangkan kebergantungan antara kedua-duanya amat tinggi dan saling berkaitan antara satu sama lain.Tidak ada cara lain bagi sesebuah organisasi yang ingin maju membiar atau melepaskan salah satu antara keduanya untuk tidak memantapkannya. Justeru kebanyakkan syarikat yang maju, kementerian serta jabatan kerajaan yang dapat menyalurkan khidmat dengan berkesan sering dikaitkan dengan pengurusan dan system penghantaran yang efisien serta barisan pentadbiran yang bervisi tinggi dan sentiasa ingin menempatkan organisasi masing-masing untuk berada setidak-tidaknya dalam keadaan yang kompetetif. Bagi negara kita salah satu usaha memantapkan pengurusan dan pentadbiran awam adalah dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) oleh YAB Perdana Menteri. (konon la sangat)
Program pada 20 Januari 2010. Transformasi Kerajaan ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam bidang yang dikenal pasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (NKRA). Melalui pelan ini juga kebergantungan kerajaan terhadap pasukan pengurusan yang cekap dan berkesan juga tidak dapat dipertikai. Nyatanya walaupun berbeza bidang namun gabungan kedua-dua bidang ini amatlah penting untuk sesebuah organisasi apalagi bagi sesebuah negara.

Namun apakah itu ertinya NKRA? Siapa agaknya yang boleh menjawab persoalan di sebalik perlaksanaan 'sebenar' NKRA? :)

Thursday, August 26, 2010

We're under His generousity

Salam,.Ramadhan has come again. For me, I hope it'll be a most successful Ramadhan seems we're ought to get the rewards by doing vast of good deeds for Allah sake., Or better to said as; lillahi Ta'ala.

Every moment of Ramadhan is a gold mine for every people who known themselves as muslim. We're vastly awarded the opportunity to have all of us to be headed towards the Jannah. I hope and I pray to Allah that the Ramadhan for this year and the incoming years would be a successful benchmark for us thus to push us a little harder for us to be a good muslim,. Insha Allah,. Salam.








I am fasting for the whole month of Ramadan for Allah Ta "ala
Pronouncement of the intention of fasting (daily)








I am fasting during Ramadan tomorrow to perform fardhu ramadhan this year due to Allah Almighty








O Allah, I fasted for you and with you the things you believe in me I
breaking with mercy, O Thou the Merciful and Compassionate.