Thursday, October 28, 2010

Cahaya Tujuh Bintang: Ku lamar dan dia setuju!



Terus aku dengan gembiranya menulis sesuatu untuk dia..heheh

Wahai cahaya tujuh bintang petala langit,
Seribu berkat dari Allah untukmu
Kerana sesungguhnya dirimu telah menyuluhi hatiku
Tidak ada yang lain selepas dirimu
Tidak pernah kulupakan keajaiban pandangan matamu

Wahai cahaya tujuh bintang petala langit,
Dan daku telah jatuh hati padamu keranaNya,
Kerana ku tahu apa yang dikatakan petunjuk dariNya,
Sesungguhnya tidak ada yang benar melainkan dariNya,
Sesungguhnya tiada janji sebenar janji-janjiNya.

Wahai cahaya tujuh bintang petala langit,
Tiada yang menggembirakanku selain melihat dirimu di mataku,
Inginku hidup dengan bimbinganNya untuk dirimu,
Tiada yang dapat diucap melainkan kata rindu terhadapmu,
Tidak tenang jiwaku selain mendengar kata cinta darimu,
KeranaNya aku cinta dan kasih terhadapmu



Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan saya beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.” (Riwayat Muslim)


“Sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah.” (Riwayat Muslim)

Mohon keberkatanMu Ya Allah untuk itu semua..Insha Allah, Ameen

Thank you Nur Suraya. I will live all the way I could for all the way to us.