Thursday, February 17, 2011

Apa erti revolusi terhadap kita disini?

Tanggal 11 Februari 2011, lokasinya di Timur Tengah, utara Afrika, tercetusnya revolusi rakyat yang berlaku di Algeria, Tunisia dan Mesir. Pemimpin seperti Zine El Abidine Ben Ali dan Hosni Mubarak telah dipaksa berundur hasil dari kekuasaan rakyat yang berhimpun mendesak pemimpin-pemimpin ini turun dari tampuk pemerintahan negara masing-masing. Revolusi yang membabitkan tuntutan kearah lebih kepada pembelaan terhadap hak rakyat dalam politik, sosial dan kebajikan ekonomi.

Tapi kita lihat dulu apa itu ertinya revolusi. Memandangkan di negara kita ini perkara-perkara yang berkaitan dengan hal seperti revolusi tidaklah didedahkan atau diajar dengan cara yang lebih ilmiah dan berdaya kritis terhadap seluruh rakyat di negara ini. Kita hanya didedahkan dengan buku teks sejarah tingkatan 5 dan 6 yang membawa kepada pengenalan terhadap beberapa revolusi-revolusi yang terkenal seperti Revolusi Bolshevik, Revolusi Perancis, Revolusi Inggeris dan sebagainya, namun natijah dari perihal punca berlakunya revolusi ini tidaklah dijelaskan atau dinukilkan dengan meluas.

Jadi, erti revolusi adalah dengan itu didefinisikan sebagai PERUBAHAN ketatanegaraan (pemerintahan atau keadaan sosial) yang dilakukan dengan kekerasan (seperti dengan perlawanan bersenjata) kerana keterpaksaan akibat daripada desakan-desakan yang mengancam atau menjadikan keadaan masyarakat itu sengsara atau dinafikan haknya. Dimana dalam hal ini rakyat berada pada tahap yang mahukan perubahan yang sangat radikal dan tidak keterlaluan dikatakan reformasi terhadap sesuatu perkara itu dituntut dengan walau apa cara sekalipun, yang mana itu merupakan maksud pertama revolusi. Maksud kedua disini ialah perubahan yang cukup mendasar pada sesuatu bidang.

Jelas disini revolusi bukanlah sesuatu untuk memenangkan seseuatu pihak yakni seperti dalam situasi memenangkan pihak pembangkang daripada pemerintah sedia ada, memenangkan seseorang individu daripada pihak sedia ada yang menerajui atau bertujuan melibatkan kepentingan tertentu. Ternyata revolusi lebih kepada membawa kepada maksud perjuangan menuntut hak, kebenaran, keadilan dan kebajikan yang mewakili majoriti penduduk sesuatu negara; atau mungkin lebih tepat lagi disebut sebagai RAKYAT. Justeru sesetengah pihak menyatakan bahawa perhimpunan demonstrasi yang diadakan dijalan-jalan merupakan sesuatu amalan keji, tak kurang juga yang menganggap ia adalah amalan yang bertujuan mengganggu gugat keamanan di negara dan selain anggapan-anggapan lain seperti tidak bermoral, pengecut, malah ada juga yang tidak faham dan keliru mengapa mesti berhimpun untuk menuntut sesuatu jika ada saluran yang betul atau yang lebih baik. Jika ada lah kan?? Kita bincang itu nanti.

Kita punya mantan PM yang disanjung bagai nak rak ada keluar statement kat satu laman web menyatakan punca revolusi atau protest rakyat yang berlaku di Mesir dan Tunisia, dan bila memetik jawapannya yang berbunyi

*SEKIRANYA REVOLUSI INI BERJAYA, KATANYA AKAN TERBENTUKLAH KERAJAAN BARU, DAN MEMBERI PERINGATAN BAHAWA TIDAK SEMUA PERUBAHAN ITU AKAN MEMBAWA KEPADA KEBAIKAN.
Bekas perdana menteri itu berkata revolusi telah berjaya di Tunisia dan sekarang dunia sedang menyaksikan pergolakan di Mesir.


"Ini kerana kebanyakan pemimpin sebaik mendapat kuasa akan berubah dan akan mudah lupa tentang segala kesusahan dan pengorbanan yang membolehkan mereka berkuasa.

"Kuasa akan membawa kepada rasuah, seperti yang kita ketahui," katanya dalam entri
terbaru dalam blognya chedet.co.cc yang bertajuk 'Kesan Domino'.

Dr Mahathir berkata walau apa pun, kerajaan baru tidak harus membelakangkan rakyat yang telah bangkit menentang kerajaan terdahulu.

"Mereka (rakyat) berbuat demikian kerana mereka mahukan kerajaan baru yang lebih baik yang akan mengambil berat tentang rakyat. Saya diberitahu kadar pengangguran yang tinggi adalah antara faktor utama.

"Masalah ini harus diberi keutamaan atau nasib yang sama akan dihadapi kerajaan baru. Ia memerlukan pengurusan ekonomi lebih baik terutama menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan," kata beliau.

Beliau berkata bahawa seseorang pemimpin demokratik boleh ditukar hanya melalui pungutan suara, tetapi pada masa yang sama, sistem itu boleh disalahgunakan.

“Sama ada pemimpin yang dipilih itu mengekalkan jawatannya atau berlaku beberapa siri kerajaan yang tidak dapat berfungsi kerana rakyat menolak dengan undian mereka. Ini akan mewujudkan keadaan yang tidak stabil. Negara itu tidak akan berjaya,” katanya.

“Untuk itu, apa yang paling penting untuk pentadbiran kerajaan baru terutama pemimpinnya, tetapi yang dipilih, harus menunjukkan mereka bebas rasuah,” tambah beliau lagi.

Mengulas apa yang dikata beliau, saya terus terdetik perkataan 'Wow' dalam hati saya dan menganggap ia suatu perkataan yang agak kontra dengan apa yang beliau jalankan semasa pemerintahan beliau. Terutama perkataan 'bebas rasuah' yang dikatakan beliau berkaitan jawapan itu tadi.

Yang bagusnya dia cakap..*SEKIRANYA REVOLUSI INI BERJAYA, KATANYA AKAN TERBENTUKLAH KERAJAAN BARU, DAN MEMBERI PERINGATAN BAHAWA TIDAK SEMUA PERUBAHAN ITU AKAN MEMBAWA KEPADA KEBAIKAN*. Jadi apa makna semua ini? Kalau yang ada sekarang ini adalah yang terbaik untuk kita, jadi wajaran mempertahankannya adalah perlu sama sekali, namun kalau yang ada pada kita ini adalah yang terus menerus menindas kita dari segi ekonomi, politik, hak dalam pelbagai bidang, penyalahgunaan kuasa yang berleluasa, penindasan terhadap rakyat biasa dan kebobrokan sistem perundangan....complete semua tu, maka perlukah kita katakan yang perubahan itu tidak perlu? jika tidak semua perubahan itu akan membawa kebaikan, maka itu mungkin sesuai dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah sekarang, Transformasi sana sini, tetapi tiada apa-apa yang dapat dinikmati rakyat, hanyalah terus-menerus menghabiskan wang rakyat dengan menulis retorika dalam kertas kerja, untuk projek yang tidak masuk akal dan untuk perbelanjaan yang mengarut selain terus-menerus membebankan kita dengan cukai sana sini, harga barangan keperluan yang meningkat, harga minyak yang terus menerus meningkat dan tak pernah turun, harga barang selalu sangat mengalami perubahan tetapi gaji pekerja tak kira sektor awam atau swasta, jarang2 dibuka failnya untuk dibuat semakan agar bersesuaian dengan keadaan semasa.

Yang hairannya nak naik harga boleh pulak dia cakap mengikut pasaran semasa.
Harga barang seperti gula naik, disuruhnya kurangkan gula,.. Fine, memangla sihat kalau kurangkan gula tetapi kalau review dari beberapa tahun lepas, sampai mengalami 4 kali kenaikan..macam mana pula tu? Misalnya kalau harga beras naik, dan semua jenis beras mengalami peningkatan harganya... disuruhnya kita kurangkan makan nasi?? Tak ke menindas itu namanya? Sifirnya mudah, barang naik, gaji tak naik, makanan mahal, gaji murah tak dapat beli makanan, rakyat terseksa, rasa tertindas, itulah yang berlaku di Mesir dan mana-mana revolusi sebelumnya semuanya kerana penindasan terhadap rakyat dan pengabaian kebajikannya. Senang cerita, rakyat marah.

So itulah contoh revolusi yang dibuat atau terjadi di Mesir. Kita? Kenapa? Akan terjadi ke macam kat Mesir? Wallahualam bissawaf. Bagi aku, pengorbanan yang diperlukan untuk perubahan melalui revolusi memang besar harganya, bukanlah sekadar harta-benda dan kudrat keringat. Malah nyawa sekalipun akan menjadi taruhan dalam memastikan revolusi itu memberi kejayaan. Yang menjadi pedoman keada pejuang-pejuang revolusi adalah tentang masa depan tanahair yang mereka cintai dan anak-anak mereka. Agar anak-anak mereka tidak perlu lagi berdepan dengan hipokrasi pemimpin-pemimpin dan penindasan-penindasan yang mereka hadapi contohnya pada masa sekarang. So pada korang adakah kita sedang mencapai kepada erti revolusi atau kita disini masih mencari erti sebenar revolusi? Betul ke orang kita sanggup berkorban untuk negara seperti mana rakyat dekat Tunisia, Mesir, Libya dan Bahrain sekarang ni yang bangkit membantah kerajaan yang ada sekarang atas sebab tidak tahan dah dengan perangai kerajaan diorang yang hipokrit dan rasuah. Orang kita sanggup ke buat macam tu?
Sanggup ke diorang rasa keperitan dan kepayahan harga sebuah masa depan yang lebih baik?
Sama ke semangat orang kita macam orang kat sana tu? Kita discuss penuh lagi,,

Bersambung lagi dibawah topik yang sama, Insha Allah.

No comments:

Post a Comment